Ku lantunkan syukur
Pada segenap bahagia yang subur
Kerana setiap musim
Aku masih lagi menggendong nikmat
Pemberian-Mu tanpa kabur
Namun
Mekarnya bahagia merimbun
Takut melelah ruang masa
Aku sebagai penerima
Takut akarnya terendam busuk
Kerana hilangku dari khusyuk
Takut memalingkan aku
Dari memandang-Mu
Kini
Kau kirimi aku semantung rahmat
Merebah bahagia patah
Menghambur isi gendonganku
Menjajak iktikad imanku
Jejakku terhenti
Memandang nikmat
Disebalik nikmat yang bobrok
Melantun kembali syukurku
Pada-Mu pemberiku
Lurus langkah
Aku sebagai penggendong
Menggendong nikmatmu
Bekalan perjalananku menuju-Mu