Sunday, June 22, 2014

Bulan


oi comot, terharu aku.
...tq.
ganu,mu tggu aku datang. haha

Doa

1st met dgn doa.
 

 
 yesterday.

Doa,
anak kecil yg berada dalam persekitaran aku untuk 2 tahun ni. dah besar dah hensem.
lama jugak aku tak jumpa dia nnti.. sebulan lebih,kot.
doa, doaaa... doa.
kau buat kelabu jadi biru,
kau buat hitam jadi merah jambu,
kau buat racun jadi susu.
doa..

doa, 
smoga jadi anak yang soleh,ya.
kakak syg doa..

#tak sabar nak balik kajang, bau wangi tanah di bumi kajang aku pun hampir lupa, rasa sambal mak aku masak,aku pun lupa...aku lupa aku..nak balik... dan nangis minta didodoikan kat mak aku. dan nk merengek-rengek nk aiskrim kat bapak aku, oh. aku mmg budak2 sesat dalam tubuh sasa ni.

oh..

Surat Untuk Zeffa II

Surat Kepada Zeffa II

Zeffa, bila hatimu bimbang
berkejaran dengan rembulan atau
menyelimuti bintang dengan awan pada malam-malammu
memberi warna alis pada matahari atau merias sungai
pada siangmu
bukalah hatimu, biarkan cinta mengaliri
dengarkanlah suara langit yang birunya tak pernah ada
dan lautan yang birunya terjaga, karena riangnya ikan
     bermain dan airnya bergelombang
suara biru mereka akan datang, mengetuk pintumu
mengalir lembut pada sungai-sungai hasratmu
dan berbisik, menembusi angan serta jauh melewati
     masa
dengarlah anakku, biru hanyalah suatu sifat
kita memberi nama dan meletakkannya pada langit dan
    lautan
tapi dia bukan langit ataupun laut
papa sering meneteskan air mata
dan kamu tahu. terkadang itu untuk kesedihan,
kadang untuk luapan kegembiraan
pada titik tertinggi, kita tak tahu
kita tak merasa apa-apa

untuk itu sayangku
semua yang datang padamu adalah indah
tentu, jika kau mahu mendengarkannya dengan hatimu
dan cinta yang menyambutnya

- Irwan Dwikustanto

Thursday, June 19, 2014

#Doa






Doa make painting kat waterpot ana. omeyy angat. jazakallahu khoir doa! :)

Friday, May 9, 2014

Saturday, February 8, 2014

puisi buat malam

malam
terlalu lama aku di dalammu
matahari tak datang
dan
rindu pun buta

Friday, May 10, 2013

matahari kecil

matahari kecil.
subuh ini hening,
tapi tak ada embun di kelopakmu

ya..takdirmu.
diatas meja fikirku
dengan pena dan buku.
itu takdirmu,tak ada embun di kelopakmu..
matahari kecilku

namun,kau tetap basah,tetap kucinta

0648 100513

Thursday, March 21, 2013

.

aku sedang berjalan di atas garisan yang telah Allah SWT tentukan.

sakit.

alhamdulillah.

Monday, September 10, 2012

HARUS dicari

8 September, Armenian Street,Penang

senyum hadir untuk sebab yang HARUS dicari

Sunday, August 26, 2012

merindukanmu


atuk,
jemarimu seperti baru lepas dari genggamku,
hangatnya benar-benar masih terasa
hingga sukar sekali untukku melelap mata..
masih terngiang-ngiang di telingaku
saat kau bercerita tentang 'piti mango'
pada aku yang tak kaukenali lagi
dan sering kau bertanya siapa aku
dan hatiku menangis

kini
jasad kita menjauh
dan hatiku duduk bersimpuh
di ribaanmu

Tuesday, August 7, 2012

today

salam..

alhamdulillah..hari ni ramadhan ke 15 kalu x silap..aku pun tak kira..erm.

aku sedang dalam proses membaik pulih hati aku. aku nak jadi diri aku yg dulu.

Sunday, July 22, 2012

ramadhan 1

salam alaik..
alhamdulillah..ramadhan kali ini...aku berada di dalamnya.. dalam redha,keampunan dan keberkatan..insyaAllah.

tarawih hari kedua.kali ini imamnya adalah saudara kita dari palestin. aku xtau nama dia tapi aku dapat lihat imam tu. ada 2 org,sorang baju jubah hitam,sorang lagi jubah hijau. solat tarawih yg xdpt dilupakan..bacaannya...lantang tapi syahdu...

esok last.
berimamkan saudara kita yg sama2 berjuang demi syahid kat palestin sana.

#tiba2 .. kalau la aku boleh bsama berjuang dgn para pejuang pmburu syahid ni... Ya Allah....

Wednesday, July 18, 2012

aisyah dan batrisyah



















"ecah..ecah...esok bawak bear! usu nak masak rendang bear tu.." usu berseleroh pada batrisyah,gadis mungil 7 tahun yg punya teddy bear yg juga sebesar dia yg diberi nama hazik. aku jadi pelik..teddy bear diberi nama hazik? ibu ecah mengiyakan..benar.teddy bear ecah namanya hazik. aku jadi teringat pada hajik..anak buah cik mida yg comel.  ecah..aku terpegun lihat gelagat dia..ecah dtg ke tts dgn ibunya semata-mata nk mkn roti jala.  aku ambil gambarnya curi2..aku lihat gelagat dia,senyum dia,mata pandangan dia,ketawa dia, mengingatkan aku kat adik bongsu aku..aisyah.

aisyah..dia baru je genap 11tahun hari ni.hari aku rasa betul2 nak balik rumah..dan nk tgok family aku..rindu.teramat rindu.. tubuh aisyah juga sebesar tubuh batrisyah..pipi tembam lebih kurang sama dgn aisyah adik aku..adik aku badannya kecik je..tapi agak berisi sikit..sbb kesan steroid dan ubat2an lain yg dia amik. dia takleh berambut panjang.. scalp dia tak sihat cam budak2 lain.. adik aku sakit. sakit pun...dia juga la ubat kepada semua kesakitan aku,keluarga aku..dia la penawar kami sekeluarga.. aisyah..yg aku selalu panggil adik.. yg punya mata kuyu..senyum manis...yg suka kebas color2 aku..yg suka mengacau aku buat painting...yg paling rajin sms aku tiap hari...adik along...yg tersayang.. siapa tak sayang adik sendiri kan...

hari ni aku betul2 asyik teringat dia...

yess...
air mata aku tumpah lagi..









senyuman dia.....



tunggu along kamu ni balik ye dik...

p/s: kepada sesiapa yg baca blog aku ni..aku harap korang doakan adik aku cepat sembuh dari sakit dia.. ada sorang lagi kawan aku yg ade sakit kulit mcm ni,tapi tak teruk sgt,doakan juga dia,semoga Allah beri kesembuhan pada kalian berdua...aminnn..terima kasih sahabat semua...

::::SAKIT TU PENGHAPUS DOSA::::
In Sya Allah...

Tuesday, July 17, 2012

today

hakikatnya..kita la ubat untuk diri kita sendiri..walaupun kita juga adalah racun utk diri kita sendiri...

Ya Allah...aku ingin selalu berada di jalan-Mu....:')) kuatkan hatiku...aminnn...

ok..:) hari ni aku masak utk usu.. sebenarnye aku rindu kat ayah aku... :|


lusa aku balik dah..dan ramdhan ni aku akan selalu ngan family aku jer. sbar arina..kejap jer lagi..3 show je lagi..

...till i

And so it is just like you said it would be
Life goes easy on me
most of the time
And so it is the shorter story
No love, no glory
No hero in her sky

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes

And so it is just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is the colder water
The Blower's Daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind
my mind my mind
'Til I find somebody new