Biru
Sendiri tanpa kuning
Kuning pergi
Hijau takkan mampu kau capai hai biru!
Kuning telah berlalu dan kau termangu!
Biru...biru...biru...
Mampu kau hidup tanpa kuning disisi?
Kejar dia,pujaan hatimu kuning
Bina mahligai hijaumu
Kuning..kuning...kuning...
Aku perlu kamu
Aku perlu kamu..kuning
Aku perlu kamu bukan untuk hijaumu
Tetapi kerana kuningmu
Kuningku sayang.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
Monday, April 18, 2011
Saturday, April 16, 2011
Sang Pemilik Hatiku
Rindu meranum pada tangkai-tangkai hati
Barulah kusedar
Kau telah rimbun,si pohon insan!
Lantas september pamir menggugur rindu
Pada tangan-tangan cinta yang menggapainya
Masa masih mencemburuiku
Mengalir resah pada sungai-sungai rasa
Cintaku terhampar ditebing cita
Aku pasrah dan redha
Indahnya bulan
KAU telah mengukirnya sempurna untukku
Ku tatapi ia...
Dan meratap pada hal-hal yang
Telah terlewatkan
Kabulkan doaku
Lindungilah bulanku
Peliharalah putik-putik rinduku
Peliharalah aku
Kerana aku tahu,KAU sang pemilik hatiku.
special dedications to mom and dad,i love you.
Barulah kusedar
Kau telah rimbun,si pohon insan!
Lantas september pamir menggugur rindu
Pada tangan-tangan cinta yang menggapainya
Masa masih mencemburuiku
Mengalir resah pada sungai-sungai rasa
Cintaku terhampar ditebing cita
Aku pasrah dan redha
Indahnya bulan
KAU telah mengukirnya sempurna untukku
Ku tatapi ia...
Dan meratap pada hal-hal yang
Telah terlewatkan
Kabulkan doaku
Lindungilah bulanku
Peliharalah putik-putik rinduku
Peliharalah aku
Kerana aku tahu,KAU sang pemilik hatiku.
special dedications to mom and dad,i love you.
Wednesday, April 6, 2011
Matahari Terakhir
Apabila matahari esok adalah yang terakhir Dan ia menjadi buta untuk hari seterusnya Alirkanlah air matamu,khudori.. Agar bisa kautatap rembes tangismu Yang haram kau alirkan untuk hari seterusnya Ya.. Sesuatu yang dihasrat, Tapi tak didapat, Adalah nikmat, Yang terpadat.. Khudori,redha dan tersenyumlah.. Desasiswa Tekun,6 Mac 2011,jam 0251
Monday, April 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)