Rindu meranum pada tangkai-tangkai hati
Barulah kusedar
Kau telah rimbun,si pohon insan!
Lantas september pamir menggugur rindu
Pada tangan-tangan cinta yang menggapainya
Masa masih mencemburuiku
Mengalir resah pada sungai-sungai rasa
Cintaku terhampar ditebing cita
Aku pasrah dan redha
Indahnya bulan
KAU telah mengukirnya sempurna untukku
Ku tatapi ia...
Dan meratap pada hal-hal yang
Telah terlewatkan
Kabulkan doaku
Lindungilah bulanku
Peliharalah putik-putik rinduku
Peliharalah aku
Kerana aku tahu,KAU sang pemilik hatiku.
special dedications to mom and dad,i love you.
No comments:
Post a Comment