Senyum..
Kau menyapa
Pada malam yang melankolia
Menyubur
Pada tiap-tiap rimbun rindu
Yang melelahkan
Tangkai hati
Kau tak mampu kuusir pergi
Kerana gerak pergimu sendiri
Sabar pada waktu yang menjalar
Akan menutup rongga-rongga
Kebobrokan hati
Kini,cukuplah!
Walau sekelumit rasa
Hatimu ingin kumiliki
Biar senyummu menjauh
Aku teguh
Takkan terjatuh
Kerana rasa cinta yang
Menunaskan bahagia
Kurniaan-Nya
Takkan meratap
Pada hatimu yang
Tak termiliki
Kerana
Bahagiamu adalah bahagiaku
Ya Allah,
Kabulkan doaku
Halalkan dia untukku.
Arina Khudori Kiswantoh
Tekun, 29 Januari 2011 jam 0236
**Dedikasi khas buat sahabat2 yang sedang jatuh cinta dan juga untuk ana sendiri..:)
No comments:
Post a Comment