Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

apes!

apes.. penasihat n joker TBS.
kalau ade dia,takkan ade org yg senyap
sebab semua akan tergelak ngan perangai dia
hahahahahahaa....

Monday, March 5, 2012

nia


nia..

"baik kita mati muda,tak banyak hati yg akan kita tinggalkan...tak byk hati yg akan rasa kehilangan kita"

nia..i've learn something from it.

Sunday, August 28, 2011

Ohana Sayang.






















Ohana,matahariku
Aku adalah pelangi,
Jalur-jalur cinta yang tercipta
Dalam warna yang menerbitkan indah
Sinarmu membuatku
Tidak kenal akan makna sebuah kesepian
Hujan yang mendatangi
Hanya mampu membuat aku sedikit dingin
Dan kembali
menjadi pelangi
Yang sentiasa mengghairahkan

Ohana,
Dunia ini tidak lagi kecil bagiku
Kau menggubah sebuah kehidupan
Menjadi kunci-kunci irama yang menggetarkan jiwa
Dan kau,masih
Tak pernah lelah untuk diriku

Kita bernyanyi riang
Bersama dan berpelukan
Dalam segala rasa kehidupan
Sisi gelapku menjadi semakin terlupakan
Dan..aku tahu
Aku mencintaimu

Kau bernyanyi

"Pelangi indah cerialah selalu
Ohana sayang temani dirimu"

Dan aku,
Cinta padamu.

#Dedikasi khas buat seorang sahabat.

Friday, June 17, 2011

Bonne Nuit.

Bonne Nuit
Jiwa senyum dan raga ketawaku
Malam telah berbaring di sisimu
kau harus tidur,
Esok,moga tiada hela nafas yang menyesakkan dadamu
Pejamkan matamu,dan bermimpilah
Esok,mimpi akan menyapamu,
Dan kau akan mengejarnya.

Bonne Nuit
Dentingan loceng yang menggetarkan hati
Kau adalah mimpi yang hadir dalam tidurnya
Menjadi impian yang akan diusahakan,
kau adalah bintang timur
Yang membuat manusia lupa pada bulan
Terang dan indah
Bahkan menggetarkan
Singkaplah tirai kamarmu,
bayu malam ini hanya untukmu.

Allahumma Ahya Wa Amutt..
Bonne nuit.

Arina khudori Kiswantoh
Kg.Sg.ramal Luar
17 jun 2011

Saturday, January 29, 2011

Hanasa naide..

Senyum..

Kau menyapa

Pada malam yang melankolia

Menyubur

Pada tiap-tiap rimbun rindu

Yang melelahkan

Tangkai hati

Kau tak mampu kuusir pergi

Kerana gerak pergimu sendiri

Sabar pada waktu yang menjalar

Akan menutup rongga-rongga

Kebobrokan hati

Kini,cukuplah!

Walau sekelumit rasa

Hatimu ingin kumiliki

Biar senyummu menjauh

Aku teguh

Takkan terjatuh

Kerana rasa cinta yang

Menunaskan bahagia

Kurniaan-Nya

Takkan meratap

Pada hatimu yang

Tak termiliki

Kerana

Bahagiamu adalah bahagiaku

Ya Allah,

Kabulkan doaku

Halalkan dia untukku.



Arina Khudori Kiswantoh

Tekun, 29 Januari 2011 jam 0236


**Dedikasi khas buat sahabat2 yang sedang jatuh cinta dan juga untuk ana sendiri..:)

Thursday, January 27, 2011

Dia dan Kejauhan

Keindahan yang kau gambarkan,
biru pada langit yang kau tudingkan padaku,
meresah saat hujan itu turun.
Kau berlari-lari pergi
Takut kebasahan
Sedangkan
waktu itu adalah waktu yang pantas
Untuk kita dapat menikmatinya bersama
Sebelum ku pergi.
Aku menatap pada sinar mata yang tak dapat kulihat lagi,
Embun di rerumputan menjadi air mata
Pada basahnya malam yang rindu.
Kau menjauh..

Jasad kau menjauh lagi..
Jauh dari pundakku
Untuk kubaringkan wajahmu yang sendu
kata-kata langka kuhamburkan
Malam ini
Untukmu
Sahabat jauhku.



Arina Khudori Kiswantoh
Tekun,27 jan 2011 jam 0033

Tuesday, November 23, 2010

Warkah Laut

Kini..
Badai cintaku terhampar
Tak mungkin bergelombang lagi
Kau telah pergi dari lautku
Kau renggut bayu rindu
Tak ada lagi syahdu

Angin..
Mungkinkah kau bisa berpuisi lagi?
Atau dia menjadi lantunan
Puisi-puisi seterusnya?

Bidadaraku..
Walaupun diriku tak kau kenang lagi
Namun dalam debar detak jantungku
Dalam kamar hati pilu
Di situ ada kamu

Terima kasih bidadaraku
Semoga bahagia yang
Mampir menghampirimu
Adalah bahagiaku yang terdalam


Arina El-khudoriyyah
Desasiswa Tekun 2010