Showing posts with label CLA. Show all posts
Showing posts with label CLA. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

LSP 401












aku tidak akan pernah puas menatapmu wahai sang langit yang setia!

Saturday, January 29, 2011

Hanasa naide..

Senyum..

Kau menyapa

Pada malam yang melankolia

Menyubur

Pada tiap-tiap rimbun rindu

Yang melelahkan

Tangkai hati

Kau tak mampu kuusir pergi

Kerana gerak pergimu sendiri

Sabar pada waktu yang menjalar

Akan menutup rongga-rongga

Kebobrokan hati

Kini,cukuplah!

Walau sekelumit rasa

Hatimu ingin kumiliki

Biar senyummu menjauh

Aku teguh

Takkan terjatuh

Kerana rasa cinta yang

Menunaskan bahagia

Kurniaan-Nya

Takkan meratap

Pada hatimu yang

Tak termiliki

Kerana

Bahagiamu adalah bahagiaku

Ya Allah,

Kabulkan doaku

Halalkan dia untukku.



Arina Khudori Kiswantoh

Tekun, 29 Januari 2011 jam 0236


**Dedikasi khas buat sahabat2 yang sedang jatuh cinta dan juga untuk ana sendiri..:)

Thursday, January 27, 2011

Dia dan Kejauhan

Keindahan yang kau gambarkan,
biru pada langit yang kau tudingkan padaku,
meresah saat hujan itu turun.
Kau berlari-lari pergi
Takut kebasahan
Sedangkan
waktu itu adalah waktu yang pantas
Untuk kita dapat menikmatinya bersama
Sebelum ku pergi.
Aku menatap pada sinar mata yang tak dapat kulihat lagi,
Embun di rerumputan menjadi air mata
Pada basahnya malam yang rindu.
Kau menjauh..

Jasad kau menjauh lagi..
Jauh dari pundakku
Untuk kubaringkan wajahmu yang sendu
kata-kata langka kuhamburkan
Malam ini
Untukmu
Sahabat jauhku.



Arina Khudori Kiswantoh
Tekun,27 jan 2011 jam 0033