Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Hanasa naide..

Senyum..

Kau menyapa

Pada malam yang melankolia

Menyubur

Pada tiap-tiap rimbun rindu

Yang melelahkan

Tangkai hati

Kau tak mampu kuusir pergi

Kerana gerak pergimu sendiri

Sabar pada waktu yang menjalar

Akan menutup rongga-rongga

Kebobrokan hati

Kini,cukuplah!

Walau sekelumit rasa

Hatimu ingin kumiliki

Biar senyummu menjauh

Aku teguh

Takkan terjatuh

Kerana rasa cinta yang

Menunaskan bahagia

Kurniaan-Nya

Takkan meratap

Pada hatimu yang

Tak termiliki

Kerana

Bahagiamu adalah bahagiaku

Ya Allah,

Kabulkan doaku

Halalkan dia untukku.



Arina Khudori Kiswantoh

Tekun, 29 Januari 2011 jam 0236


**Dedikasi khas buat sahabat2 yang sedang jatuh cinta dan juga untuk ana sendiri..:)

Saturday, November 6, 2010

Pak Samad,Benarkah?



(Dedikasi khas buat Dato' A.Samad Said)


Pak Samad,
Benarkah?
Elok tak dapat?
Tapi Pak,
Itu yang dikenang-kenang
Itu yang dicanang-canang

Pak Samad,
Benarkah?
Itu yang nikmat?
Tapi Pak,
Itu yang bikin musibat
Itu yang bikin musakat

Pak Samad,
Bagaimana bina hasrat?
Yang kita dapat nikmat?
Usaha dengan iradat
Kehendak hati pula ditambat?

Kata bapak,

Sesuatu yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat
(petikan daripada puisi A.Samad Said-nikmat)

Tapi,
Bagaimana di mengerti,Pak?
Yang tak didapat,
Itu yang sarat.
Yang dihasrat dapat,
Apa isinya?

Maaf Pak,
Anak dangkal.
Cuma pandai mengakal
Tak tahu pokok pangkal.



Arina Khudori Kiswantoh
Kg.Sungai Ramal Luar,Kajang
Selangor