Malam
Tertebar terbuai
Hanyut..hanyut..
Lautan hati bergelora
Ah..tak perlu kira!
Wuh..wuhh..wuhhh...
Berhempas pulas si ombak menghentam pantai!
Pantai pun berubah...
Seperti apa dimahukan ombak.
Apa yang kau lihat,wahai langit?
Hidup terlalu indah?
Hingga akhirat tak endah?
Apa yang kau dengar,wahai langit?
Muzik beralun merdu?
Hingga lantunan doa semu?
Katakanlah, wahai langit!
Pantai mendengarmu dan aku juga mendengarmu!
Arina Khudori Kiswantoh
Desasiswa Tekun,jam 0003
Wednesday, March 23, 2011
Saturday, March 19, 2011
Mengapa?
Mengapa kau pergi
Untuk hadir kembali
Mengapa kau marah
Untuk merindu kembali
Mengapa kau sakiti hati
Untuk kau ubati kembali
Mengapa kau menoleh
Untuk menatap kembali
Mengapa kau membenci
Untuk kau mencintai kembali
Mengapa kau?
Untuk aku?
Arina Khudori Kiswantoh
Desasiswa Tekun, 19 Mac 2011, jam 0119
Untuk hadir kembali
Mengapa kau marah
Untuk merindu kembali
Mengapa kau sakiti hati
Untuk kau ubati kembali
Mengapa kau menoleh
Untuk menatap kembali
Mengapa kau membenci
Untuk kau mencintai kembali
Mengapa kau?
Untuk aku?
Arina Khudori Kiswantoh
Desasiswa Tekun, 19 Mac 2011, jam 0119
Monday, March 14, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Tak Pernah
Kau
Tak pernah kecewa pada mentari
Setia
Pada malam
Kau ditinggalkan
Lega
Kerana cukuplah
dengan bulan
esok
Mentari akan mampir untukmu
Sekali lagi
Kau
Tak pernah kecewa pada udara
Setia
Pada tiap hembus yang kau hirup
Setelah kau selam
laut-laut dunia
Kau tak pernah kecewa untuk itu
Namun,
Kau lampias amarah
Pada rajut-rajut doa
yang tak termakbulkan
Kau ratapi
Hati yang pergi meninggalkanmu
Kau rebah,terduduk punah!
Tanpa kau sedar
Kau menanahi hatimu sendiri
Pekung,membusuk dengan bau
Yang menyenangkanmu
Togok lagi!
Togok lagi!
Berdekah-dekah tawamu
Kau manifestasikan kekecewaanmu
Pada DIA yang setia padamu
Lebih setia dari nafas hidupmu
Pada tiap malam tidurmu
Pada tiap dosa yang kau peluk
Dan pahala yang berhamburan,keciciran dan bersepak-sepakan
Tenggelam dalam kebobrokan
Puaskah?
Nikmatkah?
Kau bungkam dan tak pernah kecewa.
Arina Khudori Kiswantoh
Universiti Sains Malaysia
Desa Tekun,jam 2322,15 Februari 2011.
Tak pernah kecewa pada mentari
Setia
Pada malam
Kau ditinggalkan
Lega
Kerana cukuplah
dengan bulan
esok
Mentari akan mampir untukmu
Sekali lagi
Kau
Tak pernah kecewa pada udara
Setia
Pada tiap hembus yang kau hirup
Setelah kau selam
laut-laut dunia
Kau tak pernah kecewa untuk itu
Namun,
Kau lampias amarah
Pada rajut-rajut doa
yang tak termakbulkan
Kau ratapi
Hati yang pergi meninggalkanmu
Kau rebah,terduduk punah!
Tanpa kau sedar
Kau menanahi hatimu sendiri
Pekung,membusuk dengan bau
Yang menyenangkanmu
Togok lagi!
Togok lagi!
Berdekah-dekah tawamu
Kau manifestasikan kekecewaanmu
Pada DIA yang setia padamu
Lebih setia dari nafas hidupmu
Pada tiap malam tidurmu
Pada tiap dosa yang kau peluk
Dan pahala yang berhamburan,keciciran dan bersepak-sepakan
Tenggelam dalam kebobrokan
Puaskah?
Nikmatkah?
Kau bungkam dan tak pernah kecewa.
Arina Khudori Kiswantoh
Universiti Sains Malaysia
Desa Tekun,jam 2322,15 Februari 2011.
Salam Maulidur Rasul.

Assalamualaikum..
Selawat dan salam keatas manusia terindah,junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W,tidak lupa juga,salam sejahtera pada ahli keluarganya,para sahabat-sahabat baginda yang dikasihi Allah S.W.T.Hari yang indah telah tiba.Junjungan mulia dilahirkan pada hari ini.marilah kita berselawat bersama-sama.:)
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaaeiha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha,
wa nuril absari wa diyaaeiha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik' wa Sallim
Terjemahan~
O Allah! Send blessings on our leader Muhammad,
the medicine of hearts and their cure,
the health of bodies and their healing,
the light of eyes and their illumination,
and upon his family, companions, and send peace.
Alhamdulillah semuanya..
Saturday, January 29, 2011
Hanasa naide..
Senyum..
Kau menyapa
Pada malam yang melankolia
Menyubur
Pada tiap-tiap rimbun rindu
Yang melelahkan
Tangkai hati
Kau tak mampu kuusir pergi
Kerana gerak pergimu sendiri
Sabar pada waktu yang menjalar
Akan menutup rongga-rongga
Kebobrokan hati
Kini,cukuplah!
Walau sekelumit rasa
Hatimu ingin kumiliki
Biar senyummu menjauh
Aku teguh
Takkan terjatuh
Kerana rasa cinta yang
Menunaskan bahagia
Kurniaan-Nya
Takkan meratap
Pada hatimu yang
Tak termiliki
Kerana
Bahagiamu adalah bahagiaku
Ya Allah,
Kabulkan doaku
Halalkan dia untukku.
Arina Khudori Kiswantoh
Tekun, 29 Januari 2011 jam 0236
**Dedikasi khas buat sahabat2 yang sedang jatuh cinta dan juga untuk ana sendiri..:)
Label:
cinta,
CLA,
penghargaan,
Sahabat,
sajak
Thursday, January 27, 2011
Dia dan Kejauhan
Keindahan yang kau gambarkan,
biru pada langit yang kau tudingkan padaku,
meresah saat hujan itu turun.
Kau berlari-lari pergi
Takut kebasahan
Sedangkan
waktu itu adalah waktu yang pantas
Untuk kita dapat menikmatinya bersama
Sebelum ku pergi.
Aku menatap pada sinar mata yang tak dapat kulihat lagi,
Embun di rerumputan menjadi air mata
Pada basahnya malam yang rindu.
Kau menjauh..
Jasad kau menjauh lagi..
Jauh dari pundakku
Untuk kubaringkan wajahmu yang sendu
kata-kata langka kuhamburkan
Malam ini
Untukmu
Sahabat jauhku.
Arina Khudori Kiswantoh
Tekun,27 jan 2011 jam 0033
biru pada langit yang kau tudingkan padaku,
meresah saat hujan itu turun.
Kau berlari-lari pergi
Takut kebasahan
Sedangkan
waktu itu adalah waktu yang pantas
Untuk kita dapat menikmatinya bersama
Sebelum ku pergi.
Aku menatap pada sinar mata yang tak dapat kulihat lagi,
Embun di rerumputan menjadi air mata
Pada basahnya malam yang rindu.
Kau menjauh..
Jasad kau menjauh lagi..
Jauh dari pundakku
Untuk kubaringkan wajahmu yang sendu
kata-kata langka kuhamburkan
Malam ini
Untukmu
Sahabat jauhku.
Arina Khudori Kiswantoh
Tekun,27 jan 2011 jam 0033
Subscribe to:
Posts (Atom)