Tuesday, August 31, 2010

Kau

Impian..
Rasanya terlalu awal
Untukku bicara
Tentang
Harapan mereka padamu
pada tiap detik
Yang dinanti
Dalam hidupnya
Memanggil-manggil
agar kauhadir

Impian..
Kau telah hadir
Pada saat bayu membelai wajah
Pada saat kau membisik ditelinga
Tentang indahnya langit
Mereka tersenyum.

Allah...
Kau telah mengilham
Cita dan cintanya
Syahdu
Bahagia
hadirmu menguatkan semangat
Dalam perjuangan mereka
Memberi rasa di hati mereka
indah..

Muhibku,Lihatlah..
Aku bahagia melihatnya..
ketidaksempurnaan mereka
memberi kesempurnaan
Dalam setiap momen
dan cerita-cerita mereka
tentang hidup

muhibku..lihatlah..aku menunggumu..

(dedikasi khas untuk az dan suiz 2010)

Monday, August 30, 2010

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:


Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:


"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

p/s : Kepada saudara/saudari yg alim dalam ilmu agama, sekiranya ada kelemahan dalam artikel ini sila beritahu. mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.

Rujukan:

■SYARH DAQOIQUL AKHBAR

Monday, August 16, 2010

Sunday, August 8, 2010

'Kau' Itu Manusia

Islam,
Bukan sekadar aspal keras yang 'kau' lalui dengan tapak kakimu,
Bukan sekadar laluan penuh ilalang yang kadangkala merimaskan biarpun,
Matamu dingin memandang keindahannya
Bukan sekadar jalan lurus yang 'kau' lalui tiap hari
Bukan sekadar itu..
Bukan jalan lurus seperti itu
Tapi 'kau' mengandalkan islam seperti itu, kenapa?

Manusia
Bukan sekadar hidup beribadah
Bukan sekadar menangis saat dikecewa
Bukan sekadar sujud saat susah
Bukan hanya cari makan
Cari kawan
Cari alasan
Tapi 'kau' sering seperti itu, kenapa?

'Kau' ingin terlahir soleha
'Kau' ingin genggam Al-Hikam di dadamu
namun untuk apa?

Keras..pedas..
Keras akalmu
Pedas ucapmu
Saat tercerna kata di lidahmu
'Kau' fikir kau guru
Semuanya semu.

Persoalan yang tak terjawab kadang kala
Jawapannya ada pada diri sendiri
Kenapa islamnya aku seperti itu?
Kenapa manusianya aku seperti itu?

Aku tak ingin terlahir soleha....aku ingin matiku solehah!!

Arina Khudori Kiswantoh
Kampung Sg.Ramal Luar

Saatnya Telah Tiba

Saatnya telah tiba
Warga setia tercinta
Berdiri berfikir bertindak
Membangun permuafakatan bangsa
Demi Matlamat 1Malaysia
Membudaya kecemerlangan bahasa
Mempraktik meritokrasi
Memantap integriti diri
Berpendidikan berpengetahuan melangkaui sempadan

Duhai warga setia tercinta!
Siapkan dirimu dengan ketabahan
Menongkah arus dugaan
Perisainya kesantunan budi dan kerendahan hati
Dengan pendirian teguh di hati
Siapkan dirimu dengan kesetiaan abadi
Demi cinta pada agama,warga dan negara

Warga setia tercinta
Singkirkan perbezaan antara kita
Carilah keserupaan yang kita ada
Demi kegemilangan 1Malaysia.

-A.Khudori Kiswantoh
''selamat datang ogos''

Friday, August 6, 2010

CINTA

Cinta,
Kutulis warkah ini buatmu
Demi rindu yang kupendam
Demi rasa yang kudiam
Pada satu sudut kalbu
Yang jarang dilewati...

Sering aku bertanya pada Allahku,
Bila kita akan dipertemukan?
Dimana dan bagaimana kita dipertemukan?
Aku diam
Tahu diri
Belum sempurna untuk dimiliki

Cinta,
Ketahuilah
Apabila saatnya tiba
Bila kau mula berbicara dan bercerita
Kucuplah ubunku
Dan
Hati ini untukmu
Semoga Allah sentiasa melindungi hati kita
Hingga hari penyatuan kita

Aku rindu padamu,calon suamiku.

Desasiswa Aman Damai
6 OGOS 2010 JAM 14.21

Hujan

Allahku,
Kau turunkan rahmat-Mu sore ini
Rintiknya mulai melibas-libas wajah
Yang gering dari senyum
Basah
Lantas kuukir ia untuk-Mu

Sungguh!
Aku merindui kedinginan ini
Yang Kau titip dari kampung halamanku
Menerobos ke kalbu
Membubut rindu pada wajah bondaku
Merimbun kasih pada senda ayahandaku
Aku benar-benar tersenyum untuk itu,Allahku!

Allahku,rahmat ini manifestasi cinta-Mu.
Alhamdulillah.

FOYER DEWAN KULIAH L
5 OGOS 2010 JAM 15.03

Momen Bilik Audio Umum,Hamzah Sendut 1.

Wirama Kitaro mengalun-alun hati
Pejam
Kupingku memamahinya
Asyik
Terlena dalam bait-baitnya
Nadanya mulai menderia jiwa
Aku terbuai.

5 OGOS 2010 JAM 14.11