Tuesday, December 28, 2010

Penggendong

Ku lantunkan syukur
Pada segenap bahagia yang subur
Kerana setiap musim
Aku masih lagi menggendong nikmat
Pemberian-Mu tanpa kabur

Namun
Mekarnya bahagia merimbun
Takut melelah ruang masa
Aku sebagai penerima
Takut akarnya terendam busuk
Kerana hilangku dari khusyuk
Takut memalingkan aku
Dari memandang-Mu

Kini
Kau kirimi aku semantung rahmat
Merebah bahagia patah
Menghambur isi gendonganku
Menjajak iktikad imanku

Jejakku terhenti
Memandang nikmat
Disebalik nikmat yang bobrok
Melantun kembali syukurku
Pada-Mu pemberiku

Lurus langkah
Aku sebagai penggendong
Menggendong nikmatmu
Bekalan perjalananku menuju-Mu

Tuesday, November 23, 2010

Warkah Seorang Hamba

Ingin ku sulamkan permata keimanan
Pada hamparan taqwa
Yang terbentang luas
Sebagai manifestasi cintaku
Pada ilahi

Ingin ku ungkap firmanMu Ilahi
Pada hati yang
Buta kerana alpa
Leka dengan dunia
Lupa pada penciptanya
Agar aku lebih mencintainya
Lalu kembali pada ilahi

Ya Allah,Ya Zaljalaliwal`iqram
Terimalah taubatku
Dalam sujud ini

Dan ampunilah dosa-dosa
Ayah bondaku
Saudara-saudaraku
Guru -guruku
Jiran tetanggaku
Sahabat-sahabatku
Dan Ya Allah Ya tuhanku
Ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah
Ku panjatkan doa buatmu
Bukan untuk menilai tinggi darjatku
Bukan untuk membicara mana tingkat syurgaku
Tetapi sebagai warkah seorang hamba
Buat pencipta Maha Sempurna.


Nukilan ; Arina Khudori Kiswantoh
SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Pertandingan Deklamasi Sajak Pra-Universiti 2009(JOHAN)

Warkah Laut

Kini..
Badai cintaku terhampar
Tak mungkin bergelombang lagi
Kau telah pergi dari lautku
Kau renggut bayu rindu
Tak ada lagi syahdu

Angin..
Mungkinkah kau bisa berpuisi lagi?
Atau dia menjadi lantunan
Puisi-puisi seterusnya?

Bidadaraku..
Walaupun diriku tak kau kenang lagi
Namun dalam debar detak jantungku
Dalam kamar hati pilu
Di situ ada kamu

Terima kasih bidadaraku
Semoga bahagia yang
Mampir menghampirimu
Adalah bahagiaku yang terdalam


Arina El-khudoriyyah
Desasiswa Tekun 2010

Wednesday, November 10, 2010

Dialog Pendosa

Nafsu I
Aku cuma berteleku
Dalam hati
Beku
Semu
Mencorak nikmat-nikmat dunia
Menjadi pakaian mereka
Membina syurga
Dalam setiap togokan
Botol yang bergelimpangan
Ketika mereka
Berdekah dalam pelukan
Dan cumbu rayu kaum mereka
yang bertubuh ramping

Tapi itu
Bukan angkaraku
Buka mata!
Bukan aku!

Iblis I
Kau fikir aku?
Celaka!
Aku bukan berbuat dosa!
Cuma mengota janji-janji
Menggoda
Anak adam semesta
Ya!
Aku musuh nyata
Tapi mereka sahabatku
Selama-lama.

Tapi itu
Bukan angkaraku
Buka telinga!
Bukan aku!

Nafsu II
Hai durjana!
Lidah bercabang tiga
Usahlah terpekur memikirkan
Siapa yang salah
Kerana ketunaanmu
Telah terpancar
Kerana akal dan helahmu
Mereka bertelut padamu
Tapi aku
Adalah mereka
Diam dalam diri dan jiwa mereka!

Kau!
Kau yang pancung keimanan
Menjadi peroi dalam
Catatan-catatan Si Raqib
Memang kau
Penghasut paling dahsyat!

Iblis II
Jangan salah,
Kau pun pandai berkelah
Dengan mata galak
Kau renung
Sudut-sudut dosa indah
Baling batu
Sorok tangan dalam baju
Tak begitu?

Hai nafsu..
Kita bermusuh
Tapi
Kita masih dalam satu lagu
Sedar kah?
Kau yang ganti posisi aku
Saat aku dirantai di peraduanku
Kau yang meramas-ramas
Ketaqwaan
Menjadi keserakahan
Mamai dalam kenikmatan!
Jadi?
Siapa yang sebenarnya
Menghamilkan sengketa?
Tiada kata dua!
Kau segala punca!

Sedarlah,
Bukan aku,
Tapi kau!
Mereka bisa saja
Menghapus aku
Dengan izin Allahu Rabbi
Tapi kau
butuh masa
Untuk ditewaskan!


Arina Khudori Kiswantoh
Kg. Sungai Ramal Luar,Kajang,selangor

Saturday, November 6, 2010

Pak Samad,Benarkah?



(Dedikasi khas buat Dato' A.Samad Said)


Pak Samad,
Benarkah?
Elok tak dapat?
Tapi Pak,
Itu yang dikenang-kenang
Itu yang dicanang-canang

Pak Samad,
Benarkah?
Itu yang nikmat?
Tapi Pak,
Itu yang bikin musibat
Itu yang bikin musakat

Pak Samad,
Bagaimana bina hasrat?
Yang kita dapat nikmat?
Usaha dengan iradat
Kehendak hati pula ditambat?

Kata bapak,

Sesuatu yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat
(petikan daripada puisi A.Samad Said-nikmat)

Tapi,
Bagaimana di mengerti,Pak?
Yang tak didapat,
Itu yang sarat.
Yang dihasrat dapat,
Apa isinya?

Maaf Pak,
Anak dangkal.
Cuma pandai mengakal
Tak tahu pokok pangkal.



Arina Khudori Kiswantoh
Kg.Sungai Ramal Luar,Kajang
Selangor

Wednesday, November 3, 2010

Puisi Malam

Malam
Kau ditebar Rabb
Jauh ke dalam hati
Membungkam rasa
Hingga tiada mampu
Tiada mampu menderia jiwa
Semuanya semu

Apa yang ada padaku
Hai sang malam yang menerpa?
Telah tiada yang kau cari
Malam yang putih!
Gulitamu menjadi pelita
mencari nur-Nya yang tersembunyi
Di Qalbu

Malam Dan malam
Ditebar lagi ke dalam hatiku
putih.
Manifestasi kerinduan pada gelapnya
cinta yang menjemput
Lelah aku
Hai Allahku!
Lelah pada rasa ini
lelah pada sakit ini
Melankolia bait-bait rasa
Tanpa perisa
Yang mencicip tangkai hati
Mati.

Kata-kata langka ini
Kuulang-ulang lagi
Jari tetap melangkah
Kaki membisu
Ahh..semuanya semu

Allahku..
Tebarkan siang di hatiku
Agar mampu ku lihat dia walaupun dalam hitamnya.

Arina El-khudoriyyah
Desasiswa Tekun
3 Nov.2010 jam 0102

Monday, October 18, 2010

NERAKA


Tangan kau gapai tinggi
Tiada yang dicapai tak berhenti
Meraung melolong kau
Dihidupkan kembali
Kesal rasa tiada makna
Panas!panas!itu yang kau kata!

Lantaran api marak menggelegak
Membasuh perut busut
Mengupas kulit perit
Launganmu gegar gema
Gegak gempita!
Hati kau hitam
Hati kau busuk
Hati kau manusia dina!

Mandi kau dalam lautan api menggila
Disimbah lagi tak mati
Apa yang kau rasa?
Saat penyesalan tak lagi punya harga?

Pantas kau dibaling dibanting
Saat di dunia kau berpaling
Saat ini tuhan tak ingin menjeling!

Berbahagialah sekalian manusia celaka!
Berbahagialah!
Merah langit kemarau membumbungi tidur jagamu
Nikmatilah!
Hitam lautan bisa,nanah dan darah
Berenanglah!
Mahkota batu neraka
Kaulah ratunya!



ARINA EL-KHUDORIYYA KISWANTOH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PENANG

Tuesday, August 31, 2010

Kau

Impian..
Rasanya terlalu awal
Untukku bicara
Tentang
Harapan mereka padamu
pada tiap detik
Yang dinanti
Dalam hidupnya
Memanggil-manggil
agar kauhadir

Impian..
Kau telah hadir
Pada saat bayu membelai wajah
Pada saat kau membisik ditelinga
Tentang indahnya langit
Mereka tersenyum.

Allah...
Kau telah mengilham
Cita dan cintanya
Syahdu
Bahagia
hadirmu menguatkan semangat
Dalam perjuangan mereka
Memberi rasa di hati mereka
indah..

Muhibku,Lihatlah..
Aku bahagia melihatnya..
ketidaksempurnaan mereka
memberi kesempurnaan
Dalam setiap momen
dan cerita-cerita mereka
tentang hidup

muhibku..lihatlah..aku menunggumu..

(dedikasi khas untuk az dan suiz 2010)

Monday, August 30, 2010

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:


Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:


"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

p/s : Kepada saudara/saudari yg alim dalam ilmu agama, sekiranya ada kelemahan dalam artikel ini sila beritahu. mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.

Rujukan:

■SYARH DAQOIQUL AKHBAR

Monday, August 16, 2010

Sunday, August 8, 2010

'Kau' Itu Manusia

Islam,
Bukan sekadar aspal keras yang 'kau' lalui dengan tapak kakimu,
Bukan sekadar laluan penuh ilalang yang kadangkala merimaskan biarpun,
Matamu dingin memandang keindahannya
Bukan sekadar jalan lurus yang 'kau' lalui tiap hari
Bukan sekadar itu..
Bukan jalan lurus seperti itu
Tapi 'kau' mengandalkan islam seperti itu, kenapa?

Manusia
Bukan sekadar hidup beribadah
Bukan sekadar menangis saat dikecewa
Bukan sekadar sujud saat susah
Bukan hanya cari makan
Cari kawan
Cari alasan
Tapi 'kau' sering seperti itu, kenapa?

'Kau' ingin terlahir soleha
'Kau' ingin genggam Al-Hikam di dadamu
namun untuk apa?

Keras..pedas..
Keras akalmu
Pedas ucapmu
Saat tercerna kata di lidahmu
'Kau' fikir kau guru
Semuanya semu.

Persoalan yang tak terjawab kadang kala
Jawapannya ada pada diri sendiri
Kenapa islamnya aku seperti itu?
Kenapa manusianya aku seperti itu?

Aku tak ingin terlahir soleha....aku ingin matiku solehah!!

Arina Khudori Kiswantoh
Kampung Sg.Ramal Luar

Saatnya Telah Tiba

Saatnya telah tiba
Warga setia tercinta
Berdiri berfikir bertindak
Membangun permuafakatan bangsa
Demi Matlamat 1Malaysia
Membudaya kecemerlangan bahasa
Mempraktik meritokrasi
Memantap integriti diri
Berpendidikan berpengetahuan melangkaui sempadan

Duhai warga setia tercinta!
Siapkan dirimu dengan ketabahan
Menongkah arus dugaan
Perisainya kesantunan budi dan kerendahan hati
Dengan pendirian teguh di hati
Siapkan dirimu dengan kesetiaan abadi
Demi cinta pada agama,warga dan negara

Warga setia tercinta
Singkirkan perbezaan antara kita
Carilah keserupaan yang kita ada
Demi kegemilangan 1Malaysia.

-A.Khudori Kiswantoh
''selamat datang ogos''

Friday, August 6, 2010

CINTA

Cinta,
Kutulis warkah ini buatmu
Demi rindu yang kupendam
Demi rasa yang kudiam
Pada satu sudut kalbu
Yang jarang dilewati...

Sering aku bertanya pada Allahku,
Bila kita akan dipertemukan?
Dimana dan bagaimana kita dipertemukan?
Aku diam
Tahu diri
Belum sempurna untuk dimiliki

Cinta,
Ketahuilah
Apabila saatnya tiba
Bila kau mula berbicara dan bercerita
Kucuplah ubunku
Dan
Hati ini untukmu
Semoga Allah sentiasa melindungi hati kita
Hingga hari penyatuan kita

Aku rindu padamu,calon suamiku.

Desasiswa Aman Damai
6 OGOS 2010 JAM 14.21

Hujan

Allahku,
Kau turunkan rahmat-Mu sore ini
Rintiknya mulai melibas-libas wajah
Yang gering dari senyum
Basah
Lantas kuukir ia untuk-Mu

Sungguh!
Aku merindui kedinginan ini
Yang Kau titip dari kampung halamanku
Menerobos ke kalbu
Membubut rindu pada wajah bondaku
Merimbun kasih pada senda ayahandaku
Aku benar-benar tersenyum untuk itu,Allahku!

Allahku,rahmat ini manifestasi cinta-Mu.
Alhamdulillah.

FOYER DEWAN KULIAH L
5 OGOS 2010 JAM 15.03

Momen Bilik Audio Umum,Hamzah Sendut 1.

Wirama Kitaro mengalun-alun hati
Pejam
Kupingku memamahinya
Asyik
Terlena dalam bait-baitnya
Nadanya mulai menderia jiwa
Aku terbuai.

5 OGOS 2010 JAM 14.11

Thursday, July 29, 2010

ILLUMINATI

HURAIAN 7 PRINSIP ILLUMINATI

1. Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme. Dalam Hal ini, Anwar Ibrahim De Facto Parti Keadilan Rakyat telah membuka keahliannya kepada semua kaum. Anwar menentang segala bentuk konsep Parti yang bertunjangkan semangat kebangsaan melayu (nasionalisme). Definasi Nationalisme yang ditakrifkan sebagai semangat bangsa yang cintakan negara telah dihancurkan oleh Anwar apabila beliau mengatakan bahawa negara ini haruslah diperintah oleh pelbagai kaum bukan hanya bertunjangkan bangsa melayu. Semangat bangsa melayu tidak ada di dalam diri Anwar, Ini dapat dilihat apabila beliau menyetujui Nizar dalam pemberian tanah kepada orang cina. Tindakan ini agar hak milik tanah akan bertukar milik kepada orang bukan melayu. Tindakan ini sama seperti tindakan gerakan pemberian tanah kepada kaum Yahudi di palestin sehingga hampir kesemua tanah Palestin menjadi milik bangsa pendatang (Yahudi) tersebut. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Nizar di perak. Nationalisme yang membangunkan bangsa melayu untuk terus menerajui kepimpinan negara hendaklah dihapuskan menurut prinsip Illuminati ini agar kehilangan semangat kebangsaan ini akan memudahkan bangsa luar menjajah negara sesebuah "nation-building" itu. Maka dengan inilah semacam ada perkaitan yang jelas antara Illuminati ini dengan Anwar Ibrahim. 2. Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan. Dalam hal ini, IRC yang merupakan agenda Barat untuk menghapuskan pelbagai agama telah mula disuarakan di negara ini atas konsep demokrasi dan kebebasan bersuara. Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan mengambil IFC (InterFaith Commision) yang berasaskan Pluralisme. Pluralisme adalah satu manefestasi kefahaman yang mengatakan semua agama di dunia adalah sama dan satu. Apabila ia sama maka asas dan ajarannya haruslah tertakluk dibawah satu undang-undang yang akan mengawal semua agama sehingga mampu mengawal agama Islam di bawah undang-undang ciptaan manusia. Falsafah Pluralisme inilah satu-satunya suruhanjaya yang membantu untuk membentuk satu ajaran agama yang baru. IFC berhak dan berkuasa memindahkan ajaran-ajaran agama jikalau tidak sesuai dengan masa sekarang. Konsep-konsep seperti Jihad, Hudud mahupun syariat akan senang diubah oleh IFC ini dengan alasan ianya sudah tidak sesuai dengan keadaan zaman moden kini. Maka dengan inilah agama Syaitan akan lahir di bumi Malaysia ini. Agama syaitan yang dimaksudkan ini akan mengawal segala bentuk ritual keagamaan sesebuah pegangan manusia malah boleh mengancam originaliti agama. Anwar Ibrahim menyeru agar IFC ini didaftarakan sebagai badan NGO yang berkuasa ke atas undang-undang Malaysia atas alasan kebebasan memeluk agama (agama syaitan). 3. Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu. Dalam hal ini, Anwar yang kini didakwa meliwat Saiful mencerminkan jiwa Anwar yang sebenarnya. Bukan setakat Saiful tetapi ramai lagi lelaki-lelaki lain yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar ibrahim seperti Mior Abd. Razak, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar . Liwat adalah satu benda yang dimurkai oleh Allah. Allah menterbalikkan bumi disebabkan perlakuan ini seperti sejarah kaum Sodom. Liwat adalah satu tabiat yang menghancurkan dan menghapuskan nilai-nilai kehidupan berkeluarga kerana tidak mengembangkan zuriat yang merupakan matlamat perkahwinan. 4. Menghapuskan hak pemilikan pribadi. Dalam hal ini, Anwar yang selalu melaung-laungkan "ketuanan rakyat" lebih mengambarkan yang Anwar Ibrahim memperjuangkan Sosialisme. Falsafah sosialisme menafsirkan bahawa hak pemilikan peribadi tidak ada. Apa yang ada adalah konsep kesamarataan dan keadilan. Mana-mana orang yang bekerja kuat akan sama haknya dengan mereka yang tidak bekerja. Maksudnya kesamarataan harta bagi mereka yang bercucuk tanam ,berdagang mahupun bekerja sama sahaja hartanya dengan mereka yang tidak bekerja. Inilah konsep sosialisme yang menghapuskan hak pemilikan peribadi. Anwar Ibrahim memaparkan personaliti tersebut apabila melaungkan konsep "ketuanan rakyat" yang ia perjuangkan. Inilah konsep kesamarataan (keadilan) yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim. 5.Menghapuskan nilai pajak yang tinggi Dalam hal ini, Anwar sekali lagi mempunyai kaitan yang rapat dengan prinsip ini. Anwar Ibrahim yang mendesak kerajaan supaya Petronas menurunkan harga minyak dilihat lebih kepada menghapuskan nilai pajak yang tinggi. Anwar Ibrahim mahu agar syarikat Islam bankrup dan lemah. Ini akan menyebabkan syarikat Multi-Level Coorporation yang banyak dimiliki oleh saudagar Yahudi senang memasuki sebuah negara dan menjalankan operasi dalam memiskinkan negara Islam. 6. Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara. Dalam hal ini, sekali lagi Anwar telah menghapuskan jiwa patriot. Pahlawan patriot seperti Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohammad Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan mereka ini telah menipu rakyat selama setengah abad yang lalu. Penghancuran nilai patriotisme juga dapat dilihat apabila Anwar secara terbuka mengkritik negara dan pentadbirannya dalam temuramah di BBC, CNN mahupun di Al-Jazirah. Penghinaan terhadap negara ini merupakan contoh yang tidak baik diikuti oleh rakyat kerana ia lebih dilihat sebagai penghapusan jiwa patriotik di kalangan masyarakat. Jika nilai cintakan negara sudah pudar, maka Collonialisme akan senang memasuki sesebuah negara dan penjajahan baru mungkin sekali lagi akan bermula. 7. Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati. Dalam hal ini, Amerika yang merupakan kuasa besar yang memegang kuasa Veto di UN mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang merupakan "Budak Washington" banyak menjalankan perkara yang menyerupai dan menyetujui agenda-agenda dan polisi- polisi Amerika. Badan-badan seperti NED, ICG, Foreign policy, The New America Foundation, United States Middle East Project, Foudation For The Future yang kesemuanya itu ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Secara automatiknya peranan yang dimainkan Anwar dalam badan-badan penting Amerika ini juga merupakan hubungan proksi yang ada kaitan secara langsung dengan UN yang menguasai dunia hari ini. Menurut Prinsip Illuminati ini, Manusialah yang menentukan segalanya di bawah bimbingan kekuasaan Lucifer (Syaitan bermata satu-Dajjal Kingdom), sebagaimana lima prinsip anggota Illuminati sebagai berikut: 1. Manusia mempunyai hak untuk hidup dengan hukumnya sendiri, iaitu hukum yang memberikan kebebasan hidup sesuai dengan cara manusia itu sendiri. Bekerja sesuai dengan keinginannya. Bermain sesuai dengan keinginannya. Hidup dan mati sesuai dengan kehendaknya. Walaupun hukum itu bercanggah dengan nilai-nilai agama samawi. 2. Manusia mempunyai hak untuk memakan apa pun yang diingininya. Minum apa pun yang diinginkannya. Tinggal di mana sahaja sesuai dengan kehendaknya, serta berpindah tempat tinggal di mana pun ia suka. Walaupun makan, minum dan tempat tinggal adalah haram disisi agama. 3. Manusia mempunyai hak untuk berfikir, untuk berbicara, membaca, menggambar, mengukir bentuk suatu bangunan, sesuai dengan kehendaknya. Walaupun hak bersuara dan mengkritik itu menyalahi hukum akademik. Ini membenarkan kritikan terhadap ajaran asasi Islam. 4. Manusia mempunyai hak untuk mencintai sesuatu yang dikehendakinya. Walaupun percintaan itu sama jenis. Cinta antara dua lelaki (gay) dan dua perempuan (lesbian) dibenarkan kerana inilah hak manusia. Hak untuk saling cinta menyintai. 5. Manusia mempunyai hak untuk membunuh siapapun yang dianggap merintangi kehendaknya. Walaupun pembunuhan itu mengurangkan manusia. Ini dapat dilihat apabila kuasa besar menjalani operasi perang terhadap sesuatu negara yang lemah. Kerana hak untuk berkuasa dan menjadi hero itu juga adalah hak asasi manusia.


7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI

1. Aboliton of all national government. (Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme) 2. Abolition of all religions except satanism. (Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan) 3. Aboliation of family value. (Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu) 4. Abolition of private property. (Menghapuskan hak pemilikan pribadi) 5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes. (Menghapuskan nilai pajak yang tinggi) 6. Abolition of patriotism. ( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara) 7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati (Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati) The dajjal's war on Humankind In various religious references it was mentioned that Dajjal will rule the world for forty (40) days: 1st day would be like years, 2nd day would like months, the 3rd day would be like weeks and from 4th day onwards the days would be like normal human days (See this video for more info: Dajjal – The False Messiah ) What history tells us? Who is ruling the world? An small island called Britain became the ruler of the world where sun never sets down on its empires and ruled the world for centuries (1st day like years), then suddenly the mighty British empire collapsed and emerged a new age of world rulers who are ruling the world now from USA (2nd day like months) , now we are witnessing downfall of the American Empire and the last age, (Latest: Collapse Of America Could Begin In Two Months) the third day, is about to begin when Dajjal will come out in front and rule the world from Israel ( Throne of Solomon). Do you think this is all coincidence? No. All of what is happening around us today is linked and planned for centuries and being covertly executed by secret societies. One thing to remember, the secret societies named as Freemasons and Illuminati, existing since the age of Pharaoh and the mastermind of this ‘New World Order’ system or simply the right hand of Dajjal, use cryptic symbolism to express their agenda. Actually they are not people of books (Jews or Christians). they are satan worshipper or pagan. It began with Jewish cabala sect and infiltrated the ordinary Jews and Christians. (See these videos for more info: Illuminati Exposed! & The Arrivals Series ) In Quran it’s written about them. In sura Baqara Ayat 104-105, In sura Jinn and sura Kahf and in many places about these secret societies, who worship satan and invoke demon to destroy morality and bring chaos to the world. And year 2012 might be the year, when they will unleash their satanic plan. But, we Muslims are not afraid. Or are we? Hadn’t our beloved prophet Muhammad (PBUH) told us about that some 1500 yrs ago? Don’t we still find the sign in the holy Quran? So, what are we afraid of? Are we afraid that, we have slept too much and still feel dizzy? Or have we become comfortably numb in the ‘Dajjalic’ system? But whatever our case is, if we repent and come back to our merciful lord, He will give us Victory as He promised. So, we have to be stay alert, pray and be righteous and ready for the Greatest war that is coming. Dont reject all such information just by saying that these are conspiracy theories (this is what they want you to do). Do your own research and find the truth. Read this interesting article exposing Dajjalic system with Christianity insight. We must remember that Christian faith is the closest faith to Islam and we Muslims believe in the coming of Imam Mehdi and the return of Jesus Christ (PBUH) who will defeat the Dajjal with the combined forces of Muslims, Christians and Jews (not Zionists). ALLAH Knows the best. My knowledge is poor. May ALLAH (SWT) forgive me. Praise to my lord, the most exalted One, Allahu Akbar!!

Monday, July 26, 2010

Bris Lake

Nafas Bris Lake meniup-niup ubunku
Membugar rasa yang sesekali hadir di sanubariku
Aku diam
Mulai melara-lara hati
Saat kau genggam tanganku
Kerana rasa itu
Kau akan kubuang jauh.


D’Puncak Bris Lake Resort,Sik,Kedah.

Wednesday, June 23, 2010

Pemuda Yang Kucintai

Dia yang rimbun di taman hati
Ialah seorang mujahid sejati
Basah lidahnya dengan lantunan zikir
Memuji-muji penciptaNya
Dalam takut dan cinta kepadaNya

Setiap deru nafas yang menghembus
Tersemat nama-namaNya yang maha indah
Puisi suci Al-Quran yang sempurna
Menjadi peneman paling setia
Dalam perjalanan salik menuju khaliqnya
Demi merajut kebahagiaan menuju kematian

Dia yang sentiasa di hati
Adalah pemuda berhati waja
Dalam riak wajah setenang sungai yang mengalir
Senyumannya merenggut tangkai hati
Subhanallah!Maha agung penciptanya!

Dia…pemuda idaman hati
Hidupnya dengan jihad sejati
Tidak gentar mati
Berani demi keredhaan ilahi
Tinggi nilai akhlak dan peribadi
Redha orang tuanya menjadi nadi
Dalam kesucian hati
Dan ketetapan jiwa
Mengingatkan yang leka
Kepada pencipta
Kerana katanya….kita sentiasa
Dicumbui dengan keghairahan nafsu
Dibelai dengan haruman dunia
Kerana si Merah itu
Tetap dengan janji-janji mereka

Pemuda yang aku cintai,
Yang bersabar dengan kerendahan harta
Yang bersyukur tumbuhnya lalang
Bumi yang masih hijau
Menjadi tanda
Allah sentiasa menyayanginya
Dan tersenyum dengan gelombang yang datang
Kerana baginya
Ujian itu adalah ucapan rindu Allah buatnya

Pemuda yang aku idamkan
Menjadi penyambung benih-benih iman
Membentuk zuriat hamba yang berhati waja
Dalam rahim wanita solehah
Sebagai mujahid fisabilillah
Menjunjung agama Allah
Dalam perjuangan suci
Dialah pemuda yang kucintai

Arina Khudori Kiswantoh
Kampung Sungai Ramal Luar,kajang

Wednesday, June 16, 2010

OMBAK

Saat itu datang
Menjengah ke pintu
Ia datang pisahkan kita
Arumiku!

Tak ingin ku relakan kau pergi
Mencurah pun air mataku
kau pergi jua
Demi cinta dan cita

Arumiku..
Jangan dikenang
Waktu bersama
Jangan diimbau
Gelak tawa
Kelak kau leka
Dengan kesunyian yang
Bakal menyinsing harimu.
Tapi..
Tegarlah!
Semarakkan gelombang perjuanganmu
Kerana api tak mampu
Membakar semangatmu
Teruslah!
Terus mara
Arumiku!

Dedaun itu gugur
Bersama jantung-jantung kami
Jantung bapak
Jantung emak
Tapi demi citamu
Kami rela kau pergi
Biar kau genggam langit biru
Junjung panji Negara
Bangsa dan agamamu

Salam sejahtera Arumiku
Kakak titipkan bayu malam ini
Untukmu
Sebagai pengiring jalan jayamu
Redha kami menjadi teman
Sepanjang perjalananmu

(khas buat adikku Arumi Kiswantoh yang melanjutkan pelajaran di UNITEN,Pahang pada julai 2009)