Monday, October 18, 2010

NERAKA


Tangan kau gapai tinggi
Tiada yang dicapai tak berhenti
Meraung melolong kau
Dihidupkan kembali
Kesal rasa tiada makna
Panas!panas!itu yang kau kata!

Lantaran api marak menggelegak
Membasuh perut busut
Mengupas kulit perit
Launganmu gegar gema
Gegak gempita!
Hati kau hitam
Hati kau busuk
Hati kau manusia dina!

Mandi kau dalam lautan api menggila
Disimbah lagi tak mati
Apa yang kau rasa?
Saat penyesalan tak lagi punya harga?

Pantas kau dibaling dibanting
Saat di dunia kau berpaling
Saat ini tuhan tak ingin menjeling!

Berbahagialah sekalian manusia celaka!
Berbahagialah!
Merah langit kemarau membumbungi tidur jagamu
Nikmatilah!
Hitam lautan bisa,nanah dan darah
Berenanglah!
Mahkota batu neraka
Kaulah ratunya!



ARINA EL-KHUDORIYYA KISWANTOH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PENANG