Thursday, June 30, 2011

Nikmat

Sesuatu yang dihasrat,
Tapi tak didapat,
Adalah NIKMAT
Yang paling padat.

A. Samad Said

#kata-kata yang terlalu pahit untuk dikulum,terlalu berat untuk digendong. pak,aku akan tetap bertahan!
#pondok kelapa kat rumah dah roboh.

Friday, June 17, 2011

Bonne Nuit.

Bonne Nuit
Jiwa senyum dan raga ketawaku
Malam telah berbaring di sisimu
kau harus tidur,
Esok,moga tiada hela nafas yang menyesakkan dadamu
Pejamkan matamu,dan bermimpilah
Esok,mimpi akan menyapamu,
Dan kau akan mengejarnya.

Bonne Nuit
Dentingan loceng yang menggetarkan hati
Kau adalah mimpi yang hadir dalam tidurnya
Menjadi impian yang akan diusahakan,
kau adalah bintang timur
Yang membuat manusia lupa pada bulan
Terang dan indah
Bahkan menggetarkan
Singkaplah tirai kamarmu,
bayu malam ini hanya untukmu.

Allahumma Ahya Wa Amutt..
Bonne nuit.

Arina khudori Kiswantoh
Kg.Sg.ramal Luar
17 jun 2011

Friday, June 10, 2011

Pengukir Langit Biru


Pelikatmu masih basah
dengan wuduk kudus
sujud
syukur dengan apa adanya
matamu redup
pantas meramal
keinginan anak-anakmu
walaupun langka terkabulkan
kerana kautahu
mereka tak perlu itu

tanganmu kugenggam erat
keringatmu tak pernah terhenti
demi
isteri dan anak-anakmu
tersenyum dan mendepang tangan
saat kaupulang

kasihmu tak berpangkal
cinta tak bertandus
Kau pengukir langit biru
buat kami.
Tak ada yang dpt kuungkap padamu,
untuk kau tahu,
kami menyayangimu.
Selamat hari bapa,yah. Aishiteru,itsudemo..