Tuesday, November 23, 2010

Warkah Seorang Hamba

Ingin ku sulamkan permata keimanan
Pada hamparan taqwa
Yang terbentang luas
Sebagai manifestasi cintaku
Pada ilahi

Ingin ku ungkap firmanMu Ilahi
Pada hati yang
Buta kerana alpa
Leka dengan dunia
Lupa pada penciptanya
Agar aku lebih mencintainya
Lalu kembali pada ilahi

Ya Allah,Ya Zaljalaliwal`iqram
Terimalah taubatku
Dalam sujud ini

Dan ampunilah dosa-dosa
Ayah bondaku
Saudara-saudaraku
Guru -guruku
Jiran tetanggaku
Sahabat-sahabatku
Dan Ya Allah Ya tuhanku
Ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah
Ku panjatkan doa buatmu
Bukan untuk menilai tinggi darjatku
Bukan untuk membicara mana tingkat syurgaku
Tetapi sebagai warkah seorang hamba
Buat pencipta Maha Sempurna.


Nukilan ; Arina Khudori Kiswantoh
SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Pertandingan Deklamasi Sajak Pra-Universiti 2009(JOHAN)

Warkah Laut

Kini..
Badai cintaku terhampar
Tak mungkin bergelombang lagi
Kau telah pergi dari lautku
Kau renggut bayu rindu
Tak ada lagi syahdu

Angin..
Mungkinkah kau bisa berpuisi lagi?
Atau dia menjadi lantunan
Puisi-puisi seterusnya?

Bidadaraku..
Walaupun diriku tak kau kenang lagi
Namun dalam debar detak jantungku
Dalam kamar hati pilu
Di situ ada kamu

Terima kasih bidadaraku
Semoga bahagia yang
Mampir menghampirimu
Adalah bahagiaku yang terdalam


Arina El-khudoriyyah
Desasiswa Tekun 2010

Wednesday, November 10, 2010

Dialog Pendosa

Nafsu I
Aku cuma berteleku
Dalam hati
Beku
Semu
Mencorak nikmat-nikmat dunia
Menjadi pakaian mereka
Membina syurga
Dalam setiap togokan
Botol yang bergelimpangan
Ketika mereka
Berdekah dalam pelukan
Dan cumbu rayu kaum mereka
yang bertubuh ramping

Tapi itu
Bukan angkaraku
Buka mata!
Bukan aku!

Iblis I
Kau fikir aku?
Celaka!
Aku bukan berbuat dosa!
Cuma mengota janji-janji
Menggoda
Anak adam semesta
Ya!
Aku musuh nyata
Tapi mereka sahabatku
Selama-lama.

Tapi itu
Bukan angkaraku
Buka telinga!
Bukan aku!

Nafsu II
Hai durjana!
Lidah bercabang tiga
Usahlah terpekur memikirkan
Siapa yang salah
Kerana ketunaanmu
Telah terpancar
Kerana akal dan helahmu
Mereka bertelut padamu
Tapi aku
Adalah mereka
Diam dalam diri dan jiwa mereka!

Kau!
Kau yang pancung keimanan
Menjadi peroi dalam
Catatan-catatan Si Raqib
Memang kau
Penghasut paling dahsyat!

Iblis II
Jangan salah,
Kau pun pandai berkelah
Dengan mata galak
Kau renung
Sudut-sudut dosa indah
Baling batu
Sorok tangan dalam baju
Tak begitu?

Hai nafsu..
Kita bermusuh
Tapi
Kita masih dalam satu lagu
Sedar kah?
Kau yang ganti posisi aku
Saat aku dirantai di peraduanku
Kau yang meramas-ramas
Ketaqwaan
Menjadi keserakahan
Mamai dalam kenikmatan!
Jadi?
Siapa yang sebenarnya
Menghamilkan sengketa?
Tiada kata dua!
Kau segala punca!

Sedarlah,
Bukan aku,
Tapi kau!
Mereka bisa saja
Menghapus aku
Dengan izin Allahu Rabbi
Tapi kau
butuh masa
Untuk ditewaskan!


Arina Khudori Kiswantoh
Kg. Sungai Ramal Luar,Kajang,selangor

Saturday, November 6, 2010

Pak Samad,Benarkah?



(Dedikasi khas buat Dato' A.Samad Said)


Pak Samad,
Benarkah?
Elok tak dapat?
Tapi Pak,
Itu yang dikenang-kenang
Itu yang dicanang-canang

Pak Samad,
Benarkah?
Itu yang nikmat?
Tapi Pak,
Itu yang bikin musibat
Itu yang bikin musakat

Pak Samad,
Bagaimana bina hasrat?
Yang kita dapat nikmat?
Usaha dengan iradat
Kehendak hati pula ditambat?

Kata bapak,

Sesuatu yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat
(petikan daripada puisi A.Samad Said-nikmat)

Tapi,
Bagaimana di mengerti,Pak?
Yang tak didapat,
Itu yang sarat.
Yang dihasrat dapat,
Apa isinya?

Maaf Pak,
Anak dangkal.
Cuma pandai mengakal
Tak tahu pokok pangkal.



Arina Khudori Kiswantoh
Kg.Sungai Ramal Luar,Kajang
Selangor

Wednesday, November 3, 2010

Puisi Malam

Malam
Kau ditebar Rabb
Jauh ke dalam hati
Membungkam rasa
Hingga tiada mampu
Tiada mampu menderia jiwa
Semuanya semu

Apa yang ada padaku
Hai sang malam yang menerpa?
Telah tiada yang kau cari
Malam yang putih!
Gulitamu menjadi pelita
mencari nur-Nya yang tersembunyi
Di Qalbu

Malam Dan malam
Ditebar lagi ke dalam hatiku
putih.
Manifestasi kerinduan pada gelapnya
cinta yang menjemput
Lelah aku
Hai Allahku!
Lelah pada rasa ini
lelah pada sakit ini
Melankolia bait-bait rasa
Tanpa perisa
Yang mencicip tangkai hati
Mati.

Kata-kata langka ini
Kuulang-ulang lagi
Jari tetap melangkah
Kaki membisu
Ahh..semuanya semu

Allahku..
Tebarkan siang di hatiku
Agar mampu ku lihat dia walaupun dalam hitamnya.

Arina El-khudoriyyah
Desasiswa Tekun
3 Nov.2010 jam 0102