Tuesday, February 15, 2011

Tak Pernah

Kau
Tak pernah kecewa pada mentari
Setia
Pada malam
Kau ditinggalkan
Lega
Kerana cukuplah
dengan bulan
esok
Mentari akan mampir untukmu
Sekali lagi

Kau
Tak pernah kecewa pada udara
Setia
Pada tiap hembus yang kau hirup
Setelah kau selam
laut-laut dunia
Kau tak pernah kecewa untuk itu

Namun,
Kau lampias amarah
Pada rajut-rajut doa
yang tak termakbulkan
Kau ratapi
Hati yang pergi meninggalkanmu
Kau rebah,terduduk punah!
Tanpa kau sedar
Kau menanahi hatimu sendiri
Pekung,membusuk dengan bau
Yang menyenangkanmu
Togok lagi!
Togok lagi!
Berdekah-dekah tawamu
Kau manifestasikan kekecewaanmu
Pada DIA yang setia padamu
Lebih setia dari nafas hidupmu
Pada tiap malam tidurmu
Pada tiap dosa yang kau peluk
Dan pahala yang berhamburan,keciciran dan bersepak-sepakan
Tenggelam dalam kebobrokan

Puaskah?
Nikmatkah?
Kau bungkam dan tak pernah kecewa.


Arina Khudori Kiswantoh
Universiti Sains Malaysia
Desa Tekun,jam 2322,15 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment